• Nak berubah? Jaga Solat

    Assalamu’alaikum, Sahabat fillah ada Orang selalu datang dan bertanya "Saya nak berubah. Tetapi saya tidak tahu nak bermula di mana?" Maka saya jawab “Jaga solat kamu dulu” 

    Ini kerana Solat Ini tiang agama. Guru saya selalu pesan, nak tahu tanda solat kita diterima atau tidak . Adalah dengan melihat sikap kita di luar Solat.

    Allah swt sudah kata jelas solat itu mencegah kemungkaran. Jadi jika kita masih tidak henti membuat kemungkaran di luar solat.. Maka ada yang tidak kene dengan solat kita. Sebab tu jaga solat itu dulu. Itu paling penting.

    Tetapi Bagaimana?

    Step 1
    Ramai yang solat tetapi mereka tidak solat sepertinya. Kerana kejahilan mereka menyebabkan solat mereka tidak sah.

    Contoh, tidak istinjak dengan bersih, wudhu tidak rata, solat laju hingga tidak ada tukmaninah. Maka penting sekali untuk ada ILMU! Cari guru dan belajar untuk memperbetulkan solat.

    Step 2
    Jangan sama sekali tinggalkan solat. Jika dulu kita ada tertinggal beberapa waktu. Sekarang azam untuk jaga 5 waktu solat. 

    Step 3
    Jika sudah dapat buat 5 waktu sehari, Alhamdulillah. Sekarang focus untuk buat pada awal waktu pula.

    Jika dulu asyik solat nak hujung waktu. Ubah.. Target sekarang untuk solat apabila masuk nya waktu. Jangan lengahkan lagi..

    Step 4
    Sudah jaga solat, Solat di awal waktu, Solat berjemaah. Alhamdulillah dah kira bagus. Tetapi belum lagi cemerlang.

    Nak cemerlang? Buat solat secara berjemaah. 
    DI masjid lebih afdal. Buat di rumah atau di office secara berjemaah itu sangat bagus.

    InshaAllah azamkan diri untuk memperbaiki solat kita. Solat yang ditinggalkan dulu juga jangan lupa untuk kita Qada secara perlahan.

    InshaAllah untuk ubah ke kebaikan setelah itu akan sangat mudah sebab diri sudah sejati dengan solat.

    Semoga bermanfaat, Wassalamu’alaikum wa illa liqo’

    Mohammad Zafranudin 



  • 0 komentar:

    Posting Komentar