Assalmu’alaikum ,, sahabat fillah. Saban hari diri ini
terlihat banyak rakan-rakan facebook berkongsi pautan tentang cinta. dari kisah
jurutera, tentang seseorang yang tak menghargai kekasihnya, cinta kerana
syaitan, dan bermacam-macam lagi cerita yang menjurus kepada cinta Adam dan
Hawa. Ku titipkan sebuah kisah, perkara realiti, tentang kehebatan cinta dalam
diam.
Mungkin ada yang pernah mendengarnya, atau membacanya, tetapi, ibrah di sebaliknya di abaikan, rasanya kerana cinta ini sukar diterima masa sekarang. Hakikatnya, bukan sukar untuk melaksanakannya, semua dari keteguhan hati kita, bagaimana untuk menepis bisikan-bisikan iblis yang cuba menyelinap di jiwa insan yang bercinta. Terpulang kepada pemikiran kita, untuk menafsirkan sebuah kisah, kisah cinta yang bersenikan diam.
*******************************************
Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada
sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya
peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya,
hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah
S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi
berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang
puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan
cintanya.Itulah Ali Bin Abi Thalib,
Beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi,
Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.
”Allah mengujiku rupanya.” begitu batin Ali. Ia merasa diuji
kerana merasa apalah dia dibandingkan dengan Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi?
Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti Ali, namun
keimanan dan pembelaannya pada Allah dan Rasul-Nya tak tertandingi.
Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi teman perjalanan Nabi dalam
hijrah sementara Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di
ranjangnya. Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berdakwah, hingga banyak tokoh
bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam kerana sentuhan Abu Bakar.
Usthman bin affan, Abdurrahman ibn Auf, Thalhah, Zubair, Sa’ad ibn Abi Waqqash,
Mush’ab semuanya hasil dakwah dari Abu Bakar. Ini yang tak mungkin dilakukan
kanak-kanak kurang pergaulan seperti Ali.
Lihatlah berapa banyak hamba muslim yang dibebaskan dan para faqir
yang dibela Abu Bakar. Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud,
semuanya berhutang budi dengan Abu Bakar. Dan siapa budak yang dibebaskan Ali?
Dari segi kewangan, Abu Bakar seorang saudagar, insyaAllah lebih mampu
membahagiakan Fathimah. Sedangkan Ali hanya pemuda yang tidak berpunya
Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa
pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk
berusaha mempersiapkan diri.
Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain
diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan
musuh islam, kini dia pula cuba meminang Fatimah.
Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya,
yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan
oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang
membuatkan syaitan berlari ketakutan.
Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga
datang melamar Fathimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata,
”Aku datang bersama Abu Bakar dan Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan Umar,
aku masuk bersama Abu Bakar dan Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi
Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya.
Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran
diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu
pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?
Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a.
dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada
kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w.
Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar “Apakah engkau bersedia menyampaikan
persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”
Abu Bakar menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi
Ali. Sewaktu Ali melihat datangnya Abu Bakar dengan tergopoh-gopoh dan terperanjat
ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”
Setelah duduk beristirehat sejenak Abu Bakar dengan segera
menjelaskan kedatangannya. “Hai Ali, engkau adalah orang pertama yg beriman
kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan
orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah
kerabat Rasulullah s.a.w.
Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada
baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua
tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah
s.w.t. Akan tetapi, hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah
menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu
sendiri? Kuharap semoga Allah dan Rasul-Nya akan menahan puteri itu untukmu.”
Mendengar perkataan Abu Bakar itu, Saidina Ali mula mengalirkan
air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah
membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan
diriku sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang mengkehendaki
Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku
tidak mempunyai apa-apa.”
Abu Bakar menjadi terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk
membesarkan dan menguatkan hati Ali, Abu Bakar berkata: “Hai Ali, janganlah
engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini
hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”
Setelah berlangsung dialog seperlunya, Abu Bakar berhasil
mendorong keberanian Ali untuk melamar puteri Rasulullah s.a.w.
Beberapa waktu kemudian, Saidina Ali datang menghadap Rasulullah
s.a.w. yang ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salamah. Mendengar
pintu diketuk orang, Ummu Salamah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah
yg mengetuk pintu?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu
baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah
dan Rasul-Nya!”
Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salamah Ia
bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”,“Dia saudaraku orang
kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.
Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salamah di kemudian
hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali kepada
Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai
kakiku terantuk-antuk.
Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin
Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan
salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan
beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud
tetapi malu hendak mengutarakannya.
Rasulullah mendahului berkata: “Hai Ali, nampaknya engkau
mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja
yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”
Mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. yang demikian itu lahirlah
keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda
tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan
makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti
apa-apa.
Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda
juga. Dan anda ya Rasul Allah adalah tempat aku bernaung dan anda jugalah yang
menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan
sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga, yakni hidup bersama dengan
seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda
Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku
dengan Fatimah?”
Ummu Salamah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah
Rasulullah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin
Abi Thalib: “Hai Ali, apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”
“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda
sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yang tidak
anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi, sebilah
pedang dan seekor unta.”
“Tentang pedangmu itu” kata Rasulullah s.a.w. menanggapi jawapan
Ali bin Abi Thalib “Engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah.
Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu
dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak
menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas
menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah
‘Azza wajalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit
sebelum aku menikahkan engkau di bumi!”
Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a.
Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira
dengan disaksikan oleh para sahabat Rasulullah mengucapkan kata-kata ijabkabul
pernikahan puterinya: “Bahawasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya
menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan
engkau dapat menerima hal itu.”
“Ya Rasul Allah, itu kuterima dengan baik” jawab Ali bin Abi
Thalib r.a. dalam pernikahan itu.
Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta
dan semua perasaan dengan tanggungjawab.
Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi,
dalam suatu riwayat dikisahkan, bahawa suatu hari, Fatimah berkata kepada Ali:
“Maafkan aku, kerana sebelum menikah denganmu, aku pernah satu
kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda”
Ali terpana. Kemudian dia berkata, “Jikalau begitu, mengapakah
engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah
Dirimu”
*********************************************
Begitulah
cinta yang bersenikan diam. Mereka saling mencintai, tetapi memendam perasaan
itu kerana tidak ingin cinta mereka melebihi cinta kepadaNya. Memang sukar
menjadi mereka, tetapi untuk meneladani mereka tidaklah sukar.
Wahai lelaki, jadilah sejantan Ali, menempuh cinta dengan jalan yang diredhai-Nya, menjaga hati sampai Allah menyatukan. Para wanita pula, teladanilah Fatimah, menjaga peribadinya biarpun hatinya meruntun cintakan pemuda sehebat Ali r.a.
Titipkan cintamu kepada-Nya sang peilik Cinta, kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu, kerana jika kamu ingin memiliki cinta, pasti kamu akan berusaha ke arahnya. Yang penting dengan jalan yang diredhai-Nya.
Wahai lelaki, jadilah sejantan Ali, menempuh cinta dengan jalan yang diredhai-Nya, menjaga hati sampai Allah menyatukan. Para wanita pula, teladanilah Fatimah, menjaga peribadinya biarpun hatinya meruntun cintakan pemuda sehebat Ali r.a.
Titipkan cintamu kepada-Nya sang peilik Cinta, kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu, kerana jika kamu ingin memiliki cinta, pasti kamu akan berusaha ke arahnya. Yang penting dengan jalan yang diredhai-Nya.
Mohammad
Zafranudin
vian-atzu.blogspot.com
Manajemen
Cinta
0 komentar:
Posting Komentar