• Jangan khawatir, Allah Selalu Memberi Sepenuh Harapan...

    Assalamu’alaikum,sahabat fillah. Jika seluruh manusia kata kamu terlalu jahat dan dosamu terlalu banyak hingga mustahil diampunkan, mustahil untuk kamu berubah jadi baik malah mustahil kamu masuk syurga, ketahuilah bahawa Allah pula mengatakan yang sebaliknya.

    Dalam sebuah hadith Qudsi, Allah ta'ala kata:
    Wahai anak Adam, tidaklah engkau berdoa kepadaKu dan berharap kepadaKu melainkan Aku ampuni dosa yang ada padamu dan Aku tidak perduli. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu telah mencapai setinggi langit kemudian engkau meminta ampun kepadaKu nescaya aku akan mengampunimu, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepadaKu dengan membawa kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiKu dengan tidak menyekutukan sesuatu denganKu (tidak syirik) nescaya aku akan datang kepadamu dengan ampunan sepenuh bumi." [Riwayat Al-Tirmizi]

    Saat seluruh alam menolakmu dan mengatakan kamu tiada harapan, Allah malah memberikan sepenuh harapan dan sokongan padamu.

    Jika kamu mengabaikan suruhanNya dan mengingkariNya pun Dia masih memberikanmu pelbagai nikmat, apatah lagi saat kamu ingin kembali, Dia sentiasa memberi kemaafan dan pelbagai kebaikan.

    Rahmat Allah jauh lebih luas wahai kawan. Sentiasa ada harapan untuk ke syurga.
    Semoga bermanfaat, Wassalamu’alaikum Wa Illa Liqo’

    Mohammad Zafranuddin


  • 0 komentar:

    Posting Komentar