Firman
Allah ta'ala: Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu
- Al-Hujurat: 13
Sahabat
Fillah, Diantara keadilan Allah dan rahmat-Nya ialah Dia tidak menilai baik
buruk hamba-Nya dengan penilaian yang bersifat zahir sebagaimana penilaian di
mata manusia.
Manusia
membezakan kedudukan manusia lain dengan membandingkan harta, pangkat,
kedudukan, keturunan, warna kulit, dan pelbagai penilaian yang bersifat
keduniaan semata-mata.
Dalam
Islam, kita semua sama sahaja. Orang berkulit putih tidaklah lebih mulia dari
kulit hitam. Orang Arab tidaklah lebih baik dari orang 'Ajam (bukan Arab).
Orang yang kaya bukan orang yang lagi bagus dari orang miskin.
Adil-Nya
Allah! Dia mengukur baiknya kita semua dengan ukuran Taqwa yang mana dengannya
kita semua setaraf. Kaya dengan miskin, putih dengan hitam, Arab dengan 'Ajam
semuanya sama.
Dengan
keadilan ini, orang miskin yang bertaqwa boleh jadi lebih mulia dari orang kaya
yang tak beriman, orang berkulit hitam yang bertaqwa lebih mulia dari orang
berkulit putih yang ingkar suruhan Allah.
Inilah
keadilan disisi Allah. Kita semua sama saja. Beza kita cuma taqwa. Dan orang
yang terbaik diantara kita, adalah orang yang lebih bertaqwa.
Allah
lebih Mengetahui.Semoga boleh ambil manfaatnya
Salam
Mohammad
Zafranudin
0 komentar:
Posting Komentar