Izzuddin
Al-Qassam adalah seorang tokoh Arab dalam Mandat British Palestin. Beliau juga
merupakan pemimpin penentangan terhadap organisasi-organisasi Zionis, British
dan Perancis di Levant pada 1920-an dan 1930-an.
Pada
8 November 1935, mayat seorang konstabel British, Moshe Rosenfeld ditemui
berdekatan Ain Harod. Al-Qassam dan para pengikutnya dipercayai telah
bertanggungjawab dan pasukan pencari telah dikerahkan untuk menangkap mereka.
Mereka meninggalkan Haifa dan pergi ke perbukitan antara Jenin dan Nablus.
Pasukan
pemburu British akhirnya mengepung Al-Qassam di sebuah gua berdekatan Ya'bad di
kampung Syeikh Zaid. Dalam tembak menembak yang berlarutan itu, Al-Qassam dan
tiga pengikutnya telah gugur syahid manakala lima lagi ditangkap. Kematiannya
ketika berlawan dengan musuh menyebabkan Al-Qassam menjadi legenda terhadap
sebahagian besar penduduk Palestin pada masa itu.
Briged
Izzuddin Al-Qassam ialah sayap bersenjata kepada pertubuhan sosial-politik
Palestin, Hamas. Ditubuhkan pada 1992, di bawah penyeliaan Yahya Ayyash, yang
dinamakan sempena tokoh Palestin yang hebat ini.
Salam
Mohammad
Zafranudin
0 komentar:
Posting Komentar