Assalamu’alaikum ,,
sahabat fillah apa khabar? Semoga sihat ,, maaf saya lama tak berkongsi tulisan
kerana busy, J .. Alhamdulillah waktu
pada kesempatan ini saya nak bagi tulisan yang saya alami dari salah satu nurse
hospital, semoga dengan tulisan ni sedikit memberi pesan untuk para Nurse dihospital
malaysia , yang juga suka marah-marah tanpa alasan kukuh tu. Tapi segelintir
saja.
Tak bolehlah sebab
segelintir, mereka nak rangkumkan semua misi tu keje sambil lewa, makan gaji
buta. Mana boleh. Seorang je keluar hingus, trus nak kata semua misi tu
hingusan manalah boleh.Perlu kalian tahu,
1. Kerja misi ni penat.
Kalau guru penat mengawal
kenakalan pelajar, misi penat melayan dari hujung rambut sampai hujung kaki
setiap pesakit. Dari jerawat berdarah di dahi, sampai sembayam di kaki. Semua mereka cover. Tak ke penat tu?
2. Misi gaji tak banyak.
Ada ke misi gaji sampai
RM10 ribu nak bagi layanan first class macam pramugari atas kapal terbang?
Lebih kurang gaji orang-orang biasa jugaklah. Dengan gaji normal, awak nak
layanan istimewa, wow, abg bikai rasa kalian dah salah tempat. Nak
istimewa-istimewa, check-inlah hotel 5 bintang yang ada spa tu. Kalau nak
layanan istimewa, yang boleh dengar bebelan , awak gaji saja misi private yang
swasta punya. Yang tu boleh datang rumah tolong korekkan hidung pun boleh sebab
tangan dah strok, tapi tolong bayar RM 20 ribu sebulan. Eh, kata nak layanan
mantop, bayaran pun mustilah umphh. huhu
3. Orang sakit tu bukan
saudara-mara misi. Tapi, saudara-mara awak.
Mungkin ahli keluarga
awak, pakcik makcik awak. Jadi, siapa yang lebih afdal jaga? Orang yang ada
pertalian darah ke atau para misi? Mak ayah awak cirit, siapa yang lebih
diperlukan untuk basuh berak? Awak atau misi-misi? Mak ayah pun nak tangan anak
dia, bukan tangan bukan mahram mereka. Mak ayah pun ada malu. Malu aurat mereka
orang lain nampak. Awak sebagai anak tak malu ke? Awak je mungkin jenis tak
tahu malu marah-marah misi sesuka hati.
4. Ramai orang sakit,
melebihi misi.
Limpahan orang sakit. Ada
yang kritikal, ada yang biasa-biasa. Ada yang datang nak mengurat saja pening
kepala, ada yang datang spital nak dapatkan MC padahal tak sakit pun.
Macam-macam ragam. Misi nak utamakan yang kritikal, yang biasa-biasa buat aduan
pula tak dapat layanan. Bila misi pergi dekat yang biasa-biasa, yang kritikal
pula buat aduan. Bila misi nak buat kerja dengan penuh etika, awak nak mengurat
mintak no telipon pula. Bukan awaklah. Maybe suami awak. koh koh koh.
5. Sabar adalah kuncinya.
Memang bila Allah bagi
kita ujian, mak ayah sakit, ahli keluarga sakit, Dia akan uji betul-betul.
Ingat Allah uji ni main-main ke? Allah nak tengok sejauh mana awak boleh bawa
sabar awak tu. Mak ayah sakit, dah nak meroyan marah-marah orang. Awak, spital
bukan satu. Klinik swasta pun belambak. Hospital swasta pun belambak. Kalau
spital yang awak pergi tu, awak tak puas hati, awak cari saja spital yang ngam
dengan perasaan awak. Itu tak kena, ini tak kena, buatlah spital sendiri.
Berubat tradisional. Kalau semua benda nak komplen dan tak sabar hadapi, baik
awak makan ubat. Awak yang tak sihat sebenarnya.
Semua orang susah.
Majoriti rakyat Malaysia orang miskin. Bukan awak saja yang merasai peritnya
tade duit. Orang lain pun sama. Stress. Semua orang faham, kalau boleh, nak
spital kerajaan, murah dan percuma.
Segelintir misi kapchai
pun janganlah lepaskan tensi pada orang. Begitu juga orang yang bawa orang
sakit, bertimbang rasalah.
Yang lebih penting, orang
sakit tu. Ni kerana gajah-gajah yang tak cukup makan bergaduh, orang sakit yang
jadi mangsa.
Semoga Para nurse bisa
mengjangkau tulisan ini. Wassalamu’alaikum wa illa liqo
Mohammad Zafranudin
vian-atzu.blogspot.com
0 komentar:
Posting Komentar