Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang
semula jadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika
bersandar dibahunya.
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan,
saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya
mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang
wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya
merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa
mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya
perolehi.Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya
kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam
perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya
kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. "Mengapa?"Dia
bertanya dengan nada terkejut. "Siti letih, Abang tidak pernah cuba
memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang
malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu,
padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak
dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan
daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran
Siti?" Saya merenung matanya dalam-
dalam dan menjawab dengan perlahan. "Siti ada 1 soalan, kalau
Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti;
Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan
kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah
yang Abang akan lakukan untuk Siti?"
Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan... 'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya."
Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya. "Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut." "Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."
"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu
tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat- tempat baru yang Siti kunjungi,
Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain
mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."
"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti
datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan
mengurut kaki Siti yang sengal itu." "Siti lebih suka duduk di rumah,
dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan
sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk
menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."
"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak
baik untuk kesihatan mata Siti,Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita
tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.Tangan
Abang akan memegang tangan Siti,membimbing menelusuri pantai, menikmati
matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang
bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.Tetapi sayangku, Abang tidak akan
mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu
mengalir menangisi kematian Abang."
"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu
lebih daripada Abang mencintai Siti.Untuk itu sayang, jika semua yang telah
diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan
menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan
Siti."
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya
menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika
Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di
rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di
luar sana menunggu jawapan Siti."
"Puaskah Siti sayangku..?, Jika Siti tidak puas hati,
sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang
tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti
bahagia."
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya
lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu
telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat
memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah
hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.
Farahani Md Noor
0 komentar:
Posting Komentar