• Ku menutup aurat kerana diriku begitu berharga

    Assalamu’alaikum,, apa khabar sahabat fillah, lama tak jumpa,, saya kembali lagi untuk berkongsi catatan dengan tema “Ku menutup aurat kerana diriku begitu berharga “


    Sebak!

    Itu kenyataan paling nyata yang boleh terungkap melihat muda mudi harapan bangsa dan agama tanpa malu dan segan silu mengenakan pakaian yang tidak seperti pakaian itu di tubuh mereka.Peringatan telah datang satu persatu, namun manusia masih tahan diri dan menutup telinga dari menerima yang benar.

    Alasannya apa?Nak cantik dan nak menarik perhatian, kalau tak cantik nanti takde orang suka, tak ada orang nak datang lamar. Macam tu ke fikiran kita?

    Orang mukmin itu tidak akan tertarik pada pandangan nafsu.  Kerana dia bergantung sepenuhnya dalam doa sekian lama.  Keturunanya mahu di jaga.Makanya, jodohnya perlulah insan yang terjaga akhlaknya.

    Sememangnya bukan semua yang menutup aurat itu terjaga lisannya, terindah hatinya dan baik budi pekerti kerana sememangnya terdapat segelintir yang kurang mengambil berat mengenai pertuturan dan budi bahasa.

    Namun, sekurang-kurangnya dia telah mematuhi arahan Allah untuk menutup aurat.Bukan mempersenda atau meringankan suruhanNya.  Nauzubillahiminzalik.

    Apa alasan lagi untuk tidak menutup aurat?Ok, mengikut peredaran zaman?

    Ya Allah, Allah tak suruh kita memodenkan diri sampai melanggar perintahNya.Mahu hina di mata manusia yang kerdil yang sememangnya ciptaanNya jua, atau pun mahu hina sehinanya di hadapan Pencipta kita?!

    Manusia itu ke yang menentukan kita akan ke neraka atau ke syurga? Mereka jua manusia yang akan dihitung amal di mahkamah agung nanti.  Nak tolong kita jauh sekali.

    Jadi apa alasan kita nak mempedulikan semua suara-suara yang cuba menjatuhkan iman kita itu.  Malah kalau kita berjaya menepis setiap nafsu yang hadir, itulah kemenangan yang besar.

    Cuba bayangkan jika Rasulullah  melihat kita berpakaian sedemikian rupa.  Apakah kamu fikir baginda akan senyum atau berduka?Siapa yang layak memberikan syafaat untuk kita di akhirat nanti kalau bukan baginda Rasulullah ?

    Jadi, kita cuba renungkan , kalau kita telah mendukacitakannya, apakah mudah syafaat itu untuk sampai kepada kita?Subhanallah, hanya Allah yang tahu.  Tetapi, kita yang berhak membaiki diri, mencari keredaanNya dan Rasulullah .
    “Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” Q.S Al-Ahzab :59

    Berat sangat ke menutup aurat sampai ramai lebih memilih menunjukkan kecantikkan diri yang sememangnya hanya pinjaman sementara itu?

    Berbaloikah pujian demi pujian yang hinggap di bibir mereka yang kurang mengerti berbanding dengan seksa yang akan dirasa di akhirat nanti.  Panas api dunia pun tiada yang mampu tahan, inikah pula hangat api yang menjulang berganda pedihnya meragut tubuh tanpa kasihan.

    Sedih!  Dengan fesyen yang seolah mempersenda agama.  Apa yang agama larang itulah yang berlaku sekarang.  Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah . bersabda:
    “Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah aku lihat keduanya itu:1. Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam);2. Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)
    Sengaja menampakkan sanggul yang meninggi di kepala? JANGAN LAKUKAN!

    Rasulullah  sudah melarang dengan jelas.  Bukannya kamu cantik dengan sanggul tinggi yang menghias tudungmu.Menutup auratlah dengan sempurna, jangan sengaja mempersenda apa yang Allah telah gariskan.   Hidup di dunia ini hanya sebentar sahaja, barangkali seminit dua lagi kita akan di jemput pulang ke sana.

    Mahu berbangga apakah dengan perbuatan-perbuatan yang telah Allah larang. Hebat apakah kita hendak menidakkan segala laranganNya?
    Kembalilah pada Allah.  Kita sememangnya makhluk yang sedang diuji dengan pelbagai keasyikan yang diluarannya indah tetapi hakikatnya salah.  Telah Allah dan Rasulullah memberikan peringatan kerana sayangnya pada kita hambaNya.  Namun, kita sendiri yang cuba melemparkan diri ke binasa.

    Semoga jiwa kita selalu dituntun jangan biar kelalaian terhadap dunia menutup mata hati kami memandang akhirat yang abadi.

    Semoga Bermanfaat Jazakallah, wasallamu’alaikum wa ilalliqa

    Mohamad Zafranudin




  • 5 komentar:

    1. Assalamualaikum,Alhamdulillah, selama ini saya sering berkunjung keblog ni sayapon banyak mendapat ilmu dari artikel yang dikongsikan,,saya berminat untuk membantu penulis untuk mendapat pembaca dengan berkongsi artikel semoga admin bisa menerima baik perkara ini, saya minta beberapa syarat dan garis panduan untuk menyiarkan artikel saya.Terima Kasih

      BalasHapus
      Balasan
      1. Wa;alaikukusssalam Warrahmatullah , Kami menerima baik dengan tujuan ukhti farah dan amat berbesar hati dengan sumbangan yang diberikan.Oleh itu kami telah menetapkan beberapa syarat dan garis panduan kepada mereka yang berminat men-share ataupun menjadi pengarang diblog ini dengan artikel mereka.Konten dari Artikel harus sesuai dengan blog ini.memberi nilai tambah ,memberi inpirasi, memotivasikan dan apapun yang sesuai dengan blog islami. Garis Panduan artikel haruslah menggunakan bahasa yang baik, sopan dan mudah dimengerti oleh pembaca,kami akan check dan mengedit kembali beberpa hal jika diperlukan dalam setiap artikel yang akan diposting.itu hanya sebahagian garis panduan sebelum kami menjadikan anda sebagai salah satu pengarang diblog ini, silakan kirim sample artikel via e-mail ke : vianatzu@gmail.com , In Sya Allah akan kami respon secepat mungkin

        Hapus
      2. Saya faham menulis artikel adalah satu kerja yang mengambil masa.Walau bagaimanapun, artikel yang saya tulis harus lewat tahap macam itu.Ciri utama yang saya pentingkan untuk menyiarkan artikel adalah artikel tersebut memberi nilai tambah kepada pembaca blog ini.Oleh itu saya berharap jika ada ejaan yang salah diperbaiki kelemahan pada kandungan dan penulisan,

        Hapus
      3. Kami sentiasa memberi ruang dan peluang kepada anda untuk bersama-sama menyebarkan Ilmu, In syaa' Allah

        Hapus
      4. Secepatnya saya nak hantar sample artikel yang saya buat, untuk disiarkan diblog ini, terime kasih

        Hapus