Assalamualaikum
kepada semua pembaca blog Akhi Vian, sekali lagi terime kasih kepada akhi vian
Alhamdulillah telah berikan saya ruang dan waktu untuk berkongsi kepada pembaca
semua semoga dapat bermamfaat untuk semua,tapi sebelumnya perkenalkan nama
saya, Mohamad Zafranudin Ibn Mohamed Zafrin Ibn Haji Ali Ibn Abdul
Ghani Ibn Rahman. Tinggal di Alor Gajah, Melaka.Malaysia.
Baik langsung sahaja kita ke topik pertama yang
saya angkat adalah tentang “Bertudung Tapi Berpakaian Ketat”
Sahabat
fillah, Wanita Melayu memang cantik bila bertudung kerana menutup aurat adalah
salah satu daripada tuntutan agama Islam terutamanya pada golongan wanita. Apa
yang menjadi persoalannya, kenapa kebanyakan wanita zaman sekarang yang memakai
tudung cukup hebat dikritik? Inilah akibat daripada pengaruh yang dibawa oleh
budaya barat yang mana kita ikuti tanpa mengetahui halal haram.
Cuba kita lihat hari ini, pelbagai jenis fesyen
tudung telah dihasilkan. Adakah tudung yang dihasilkan tersebut menepati
syariat Islam? Islam tak melarang kita untuk berfesyen tetapi biarlah yang
menutup aurat sepenuhnya, tak terlalu singkat dan ketat sehingga begitu jelas
menampakkan susuk tubuh si pemakainya.
"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi yang bertelanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya" H.R Bukhari dan Muslim
Secara tak sedar, pemakaian tudung masa kini telah
ditelanjangkan oleh mereka yang memang memusuhi Islam. Lebih teruk lagi,
golongan Islam itu sendiri yang melakukannya. Takkah mereka tahu perbuatan
mereka itu seolah-olah menghina Islam? Adakah fesyen bertudung masa kini adalah
semata-mata untuk menyahut seruan agama ataupun kerana mengikuti trend terkini?
Sahabat
Fillah,Artikel ini bukan bertujuan untuk mengaibkan sesiapa tetapi sebagai
pengajaran dan ikhtibar dalam mendidik khususnya golongan wanita zaman ini yang
kebanyakannya bertudung tapi ‘Telanjang’.
Kebarangkalian
untuk mereka terlupa adalah sangat mustahil kerana mereka tahu, cuma buat-buat
tak tahu. Ketahuilah wahai sekelian sahabat, jika seorang wanita itu membuat
maksiat atau tak menutup auratnya dengan sempurna, mereka turut mengheret
puluhan yang lain bersama mereka yang akan menanggung dosa di akhirat nanti.
Semoga
Bermamfaat Jazakallah, wasallamu’alaikum wa ilalliqa
*Sebarang komen sahabat untuk artikel saya amatlah
diharapkan untuk kebaikan semua pembaca blog ini.silakan untuk kirim via e-mail
ke : Zafranudin01@gmail.com
Mohamad Zafranudin
0 komentar:
Posting Komentar