Semasa
sebelum memeluk Islam, beliau merupakan duta bagi kaumnya terutama untuk
mengadakan perundingan antara kabilah yang bermusuhan. Beliau merupakan mertua
Rasulullah SAW apabila Rasulullah bernikah dengan anaknya, Hafsah binti Umar.
Beliau salah seorang yang dijamin Syurga oleh Rasulullah SAW.
Sifat
Peribadi Umar al-Khattab
Ubaidullah
bin Umar menceritakan bahawa suatu hari para sahabat melihat Umar memikul
tempat air di bahunya. Lalu mereka bertanya : "Wahai Amirul Mukminin !
Mengapa tuan sendiri yang memikul air ini ?" Jawab Umar
al-Khattab : "Saya merasakan bahawa diri saya telah takbur, lalu saya
mengangkat air ini untuk menundukkannya"
Kata
Aslam beberapa orang berbicara dengan Abdul Rahman bin Auf. Kata mereka :
"Umar al-Khattab telah menimbulkan rasa takut kami sehingga mata kami
tidak berani bertentangan mata dengannya". Hal ini diadukan oleh Abdul
Rahman bin Auf. Lalu Umar al-Khattab berkata : "Benarkah mereka berkata
demikian ?" "Demi Allah, saya telah cuba melunakkannya, sehingga
lantaran lunak saya itu saya takut dimarahi Allah. Saya cuba pula dengan sikap
keras sehingga saya takut Allah marah kepada saya. Bagaimanakah lagi ?
Bagaimana nasib saya yang berbeza dengan mereka ?"
Diriwayatkan
oleh Umar bin Murrah bahawa seorang lelaki bertemu dengan Umar
al-Khattab dan berkata : "Bersikap lunaklah kepada kami, sebab kami amat
gentar melihatmu !" Umar menjawab : "Adakah saya berbuat sesuatu yang
zalim ? " Jawab lelaki itu : "Tidak" Kata Umar lagi :
"Kalau begitu, biarlah Allah menambah rasa takut dalam hatimu
terhadapku"
Menurut
Barrak bin Makrur : "Pada suatu hari Umar al-Khattab naik ke mimbar untuk
memberi tazkirah, tiba-tiba dia merasa sakit. Menurut para jamaah, ubatnya
adalah madu lebah dan di Baitulmal banyak tersimpan madu lebah" Kata
beliau : "Kalau tuan-tuan izinkan, saya akan gunakannya, tetapi kalau
tidak diizinkan haram ke atas saya mengambilnya"
Keislaman
Saidina Umar
Beliau
memeluk Islam pada tahun ke 6 kenabian ketika berumur 27 tahun. Tindakannnya
ini mengemparkan masyarakat Quraisy dan memberi berita gembira kepada umat
Islam bahawa Islam akan menjadi kuat.
Rasulullah SAW pernah berdoa ; "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab atau Abu Jahal b. Hisyam" Hadtih riwayat At-Thabarani
Dalam
sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh At-Thabarani bahawa Rasulullah SAW juga
pernah berdoa : "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab"
Sebuah
hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW
berkata : "Apabila Umar memeluk Islam, Jibrilpun datang dan berkata :
"Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan
islamnya Umar"
Setelah
memeluk Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya
sebagai Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang benar
dan bathil. Ketika ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran
tersebut, Saidina Umar menjawab : "Pada suatu hari, Aku bertanya kepada
Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?"
Jawab
Rasulullah SAW : "Benar"
Aku
berkata lagi : "Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?"
Kemudian
kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi Saidina
Hamzah (berjemaah). Maka semua orang KAFFIR Quraisy melihat ke arah kami berdua
dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini,
lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq !
Dengan
islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi
kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan di BaitulLah
khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy
juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut
kepada Umar.
Keberanian
Umar
Peristiwa
yang menarik perhatian kafir Quraisy Makkah ialah apabila Saidina Umar
Al-Khattab mengambil langkah untuk berhijrah secara terang-terangan, berbeza
dengan pendirian para sahabat yang lain yang terpaksa berhijrah secara rahsia.
Umar
Al-Khattab terkenal sebagai seorang yang berani semasa kafir dan
bertambah berani sesudah beriman. Pada detik-detik terakhir sebelum
meninggalkan kota Makkah untuk berhijrah ke Madinah, Saidina Ali r.a. yang
menyaksikan peristiwa tersebut, meriwayatkan: Setelah saidina Umar membuat
keputusan untuk berhijrah, beliau mengambil sebilah pedang disandang di sisi
pinggangnya, kemudian dicapainya busar panah lalu disangkut dibahunya, sebatang
anak panah tergenggam ditangannya dan melangkahkan kaki menuju ke Kaa'bah.
Ketika itu tokoh-tokoh Quraisy sedang bersantai di sisi Ka'abah menyaksikan
kehadiran Umar.
Saidina
Umar melakukan tawaf tujuh kali dengan penuh semangat tetapi tenang, tanpa
menghiraukan tokoh-tokoh kafir Quraisy yang memerhatikannya. Sebaik selesai
melakukan tawaf, beliau menuju ke Maqam Ibrahim dan mendirikan solat.
Selesai
solat, Umar berdiri di sisi Maqam Ibrahim sambil mengeluarkan kata-kata yang
keras dan pedas terhadap puak kuffar Quraisy. kata Umar: "Sesungguhnya
Allah SWT tidak akan membinasakan wajah manusia di dunia ini, kecuali wajah
puak-puak jahannam yang memusuhi agama Allah."
Kata Umar lagi: "Barangsiapa yang sanggup menjadikan ibunya keseorangan disebabkan kematian anak, meletakkan anak-anak mereka menjadi yatim piatu lantaran kematian bapa, sanggup menjadikan isteri kesayangannya menjadi balu kerana kematian suami, marilah kita adu senjata di sebalik bukit ini."
Cabaran
Saidina Umar terhadap tokoh-tokoh Quraisy yang menyaksikan kehadiran Umar
dengan pedang terhunus itu, ternyata menimbulkan kesan gerun di dalam hati
mereka. Pertama kali mereka mendengar cabaran yang begitu hebat dari Umar,
mereka terpegun tanpa seorangpun yang berani menyahut cabaran Umar berlawan
senjata.
Saidina
Ali r.a. yang turut mendengar kata-kata Umar itu berkata: Sesudah itu Umar
melangkahkan kaki meninggalkan kota Makkah dengan tenang, tanpa dijejaki oleh
puak-puak Quraisy. Bagaimanapun peristiwa itu memberi seribu rahmat kepada kaum
muslimin yang letih lesu, dari kalangan orang-orang tua, orang-orang sakit yang
tidak terdaya meninggalkan kota Makkah tanpa teman. Mereka semua mengambil
peluang untuk berhijrah ke Madinah bersama Umar Al-Khattab, dengan aman tanpa
sebarang gangguan.
Berikutan
dari peristiwa itu, maka kaum muslimin Makkah telah menyahut seruan hijrah.
Sehingga tiada lagi para penyokong Nabi s.a.w. yang tinggal di Makkah, kecuali
Nabi s.a.w., Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Saidina Ali bin Abi Talib, selain itu
orang-orang yang sakit, mereka yang tidak kenderaan dan keupayaan berhijrah dan
mereka yang dikenakan tahanan oleh pihak Quraisy, akibat tindakan mereka
menyahut seruan Islam
Hadith
tentang Umar
1.
Semasa tidur, aku bermimpi bahawa aku berada dalam Syurga. aku lihat seorang
perempuan sedang berwudhuk dekat sebuah istana. Aku bertanya untuk siapa istana
ini. Katanya : Untuk Umar" Hadith riwayat Shiekhaini (Bukhari dan Muslim)
2.
Sesungguhnya Allah menjadikan lidah dan hati Umar itu di atas kebenaran. Hadith
riwayat At-Turmizi
3.
Sekiranya selepas aku ada nabi, sudah pasti Umarlah orangnya. Hadith riwayat
At-Turmizi
4.
Sesungguhnya aku lihat syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia lari
lintang pukang dari Umar. Hadith riwayat At-Turmizi
5.
Umar cahaya bagi penduduk Syurga.
6.
Semua malaikat di langit menyayangi Umar dan semua syaitan di dunia melarikan
diri dari Umar
7.
Sesungguhnya ada seseorang di kalangan umat sebelum kamu yang menjadi sebutan
ramai (kerana kebaikannya), jika perkara ini terjadi dalam umat Islam, sudah
tentu Umarlah orangnya. Hadith riwayat Bukhari.
8.
Tidak ada sesuatu perkara yang diperkatakan oleh orang ramai dan kemudian
diperkatakan oleh Umar, nescaya turunlah al-Quran sebagaimana yang dilafazkan
oleh mulut Umar. (Kata-kata Abdullah bin Umar)
Umar
Sebagai Orang Yang Pertama
1.
Pertama digelar Amirul Mukminin
2.
Pertama menggunakan Hijrah sebagai kalendar Islam
3.
Pertama mengenakan pukulan 80 kali ke atas peminum arak
4.
Pertama mengharamkan nikah mut'ah
5.
Pertama mewajibkan zakat ke atas kuda
6.
Pertama menubuhkan jabatan-jabatan
7.
Pertama sunatkan Qiyyam Ramadhan
8.
Pertama mengarahkan solat Jenazah berjemaah dengan 4 takbir
9.
Pertama memperkenalkan Al-'Aul dalam masalah Faraid (harta pusaka)
Umar
Dan Al-Quran
Saidina
Umar Al-Khattab mempunyai pemikiran yang sangat hebat. Beberapa pendapatnya
merupakan sebab turunnya al-Quran. Di antara ayat-ayat al-Quran yang diturunkan
sempena pendapat beliau ialah :
1)
Kisah tawanan Badar - ayat 28 Surah Al-Anfal
2)
Ayat Menjadikan Maqam Ibrahim sebagai tempat solat - Ayat 125 Surah Al-Baqarah
3)
Ayat Hijab - Ayat 53 Surah Al-Ahzab
4)
Ayat tentang asal-usul kejadian manusia - Ayat 12 Surah Al-Mukminun
>5)
Ayat tentang arak - Ayat 219 Surah Al-Baqarah
dan Ayat 43 Surah An-Nisa'
6)
Ayat Larangan Mensolati Jenazah Orang Munafiq - Ayat 84 Surah At-Taubah
7)
Kisah orang Munafiq - Ayat 6 Surah Al-Munafiqun
8)
Ayat 5 Surah Al-Anfal
9)
Ayat 16 Surah An-Nur
10)
Ayat tentang penghalalan jima' di malam bulan Ramadhan - Ayat 187 Surah Al-Baqarah
11)
Ayat 97 Surah Al-Baqarah
12)
Ayat 65 Surah An-Nisa'
13)
ayat 13 Surah Al-Waqiah
Semoga Bermamfaat
Vian Atzu
0 komentar:
Posting Komentar