• Nifaq Dalam Diri Kita


    Assalamu’alaikum, Sahabat fillah. Biasa kita menyebut petanda munafik ada tiga sepertimana yang disebut dalam hadis sahih yang masyhur. Apabila berkata dia menipu, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila diberikan amanah dia khianat.

    Benar, itu perkara jelas buruknya dan mungkin kita juga (nauzubillah min zalik) pernah terlanjur melakukan salah satu daripada petanda tersebut.

    Namun apabila kita teliti dengan lebih mendalam, isu nifaq adalah isu yang cukup sensitif dan mendalam. Ia adalah isu iman, isu sensitiviti, isu jiwa, isu akidah, dan paling penting ia adalah isu kejernihan hati di hadapan Allah.

    Nifaq adalah antara kita dengan Allah. Hanya Allah yang tahu siapa kita sebenarnya. Mungkin kita boleh sembunyikan dan berlakon mengenai siapa diri kita di hadapan manusia, namun Allah lebih mengetahui siapa kita sebenarnya.

    Oleh sebab itu kita dapati betapa tajamnya pemerhatian para salaf terhadap perihal ini hingga dia mampu menyebut formula seperti yang dikatakan oleh Qatadah RA :

    "Dahulunya disebut-sebut (sudah menjadi kaedah umum masyarakat pada zaman awal Islam), bahawa orang yang jarang-jarang berjaga malam (qiamullail) adalah orang munafiq" - Hilyatul Auliya' oleh Abu Nuaim

    Subhanallah ! Pemerhatian tajamnya yang menuju tepat ke sasarannya.

    Sahabat fillah, Siapa yang layak bergelar mukmin hakiki melainkan orang yang berlari menuju Allah ketika manusia tiada pula memerhatikan mereka?  Ingatlah, setiap kemalasan kita dalam ibadah dan ubudiyyah adalah benih-benih sifat nifaq yang kita tanam dalam diri kita sendiri.

    Moga Allah selamatkan kita. Wassalamu’alaikum wa Illa Ilqo
    Mohammad Zafranudin
  • 0 komentar:

    Posting Komentar