Assalamualaikum para sahabat..Sedikit renungan dipagi hari. Alhamdulillah. Allah masih mengizinkan kita untuk meminjamkan kehidupan yang Dia beri.Apa yang kita miliki, itulah amanah. Sebagaimana namanya manusia yang sudah berjanji kepada Allah untuk memikul amanah yang diberi.
Namun, apakah amanah itu sudah terlaksana dengan sebaik-baiknya? Bagaimana dengan zikir kita? Bagaimana dengan solat kita? Tiada siapa antara kita mahu mati dalam su'ul khotimah, tapi kenapa diri kita masih leka dalam arus penuh noda? Suma pertanyaan ada jawapan. Dan jawapan itu adalah pada diri kita sendiri.
Kita selalu kata bahawa kita takut mati dalam keadaan diri tidak bersedia dengan amalan yang sedikit. Takut diseksa di alam barzakh dan takut diazab dengan sepedih-pedihnya. Namun, perasaan 'takut' itu hanya sementara. Sedangkan kembali berbuat dosa tempohnya berpanjangan.
Hari demi hari kita jalani kehidupan, apakah terfikir untuk sentiasa perbaiki niat untuk menambahkan saham akhirat? Apakah diri sentiasa berfikir bagi meningkatkan ibadah dan zikir kepada Allah? Ataukah kita masih terlalu cinta akan dunia sehingga menjadi 'buta' untuk melihat hakikat yang sebenar dunia ini hanya tempat persinggahan?
Ingatlah, Allah tidak sia-siakan hamba yang ingin memperbaiki diri dan kehidupannya. Selagi ada waktu, selagi ada sisa, selagi ada kesempatan, lakukanlah ibadah. Kerna kita dihidupkan untuk menyembah dan beribadah HANYA KEPADA ALLAH, bukan kepada dunia.
Wassalamu’alaikum
Mohammad Zafranudin
0 komentar:
Posting Komentar