• Tanyalah Fatwa Hati Korang?

    Assalamu’alaikum, sahabat fillah. Sepanjang saya di alam kampus dulu, saya jumpa ramai sangat perempuan yang dulunya pelajar sekolah aliran agama tak kisahlah SMKA, Maahad, dan lain2, pakai tudung labuh tutup litup.


    Tetapi bila masuk je universiti, terus pakai tudung singkat. Malah ada sebahagian tu terus free hair. Malah ada juga yang malu nak mengaku dulu dia sekolah agama.

    Kenapa boleh berlaku?

    Lepas tu ada kes pula yang pakai tudung labuh siap upload gambar berdua dengan pakwe. Kononnya "couple islamik" sebab dalam gambar tu tak pegang tangan pun. Duduk pun jarak sikit. Kononnya syariah compliance.

    Ada yang lain tu, berjalan berpimpin tangan dengan tunang dengan alasan, "aku dah nak kawin dah tak lama lagi.."

    Kepada korang yang rasa tergolong dalam status ini, saya tanya 1 perkara je pada korang.

    "Korang rasa SELESA dan TENANG ke dengan situasi korang macam ni? Korang rasa 'seronok' ke bila korang buat macam tu?"

    Tak perlu reply pada ruangan komen, tapi replylah pada hati kecil korang sendiri. Hati orang beriman akan SENSITIF dengan dosa. Hati orang yang MASIH ada iman akan akui bahawa itu adalah DOSA dan SALAH.

    Dia tidak akan mempertahankan dosa dan kesalahan, bahkan tidak mencari alasan untuk membenarkan dosa dan kesalahannya.

    Tetapi hati orang yang imannya dah MATI, tak akan rasa apa-apa dan tak akui bahawa itu adalah dosa. Jawapan ada di tangan korang. Bukak buku hadis 40 Imam Nawawi dan tengok hadis yang ke 27 mengenai pahala dan dosa serta fatwa hati.

    Semoga bermanfaat, Wassalmu’alaikum wa Illa Liqo’

    Mohammad Zafranudin
    -----------------------------------



  • 0 komentar:

    Posting Komentar