• Apakah Sujud Syukur Itu ?

    Assalamu’alaikum, Sahabat fillah. Sujud Syukur ialah sujud dua kali yang dilakukan untuk menyatakan rasa terima kasih atas nikmat Allah SWT juga sujud apabila mendengar atau melihat berita yang menggembirakan dan terselamat atau terlepas dari malapetaka / bala bencana.

    Sujud pertama adalah sujud taat manakala sujud ke-dua menunjukkan kesyukuran. Sujud ini hanya dilakukan di luar solat. Bacaannya boleh juga sama seperti bacaan ‘Sujud Tilawah’.

    TIPS SUJUD SYUKUR
    Sujud syukur ialah satu sunnah yang ditinggalkan kepada kita untuk sujud dalam menunjukkan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah s.w.t atau atas terhindarnya seseorang dari marabahaya dan malapetaka. Bila menerima sesuatu yang baik dan menggembirakan, maka kita diajarkan untuk sujud syukur.

    Firman Allah yang bermaksud :
    “…Dan sesiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya faedahnya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, (tetapi) sesiapa yang kufur ( tidak bersyukur)(maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
    (Surah Luqman : 12)

    Dan juga sabda Nabi yang bermaksud :
    “Dari Abu Bakrah r.a.Bahawasanya Nabi s.a.w. apabila telah datang kepadanya suatu urusan yang menyenangkan atau beliau gembira kerana sesuatu, beliau sujud ke tanah sebagai berterima kasih kepada Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)

    Cara untuk melakukannya tidaklah susah sangat nak buat sujud syukur ini. Tak sampai lima minit bahkan kurang pun 5 minit.

    Rukun sujud syukur adalah seperti berikut:

    1. Niat
    2. Takbiratul Ihram
    3. Sujud (sekali sahaja)
    4. Salam

    Dan syaratnya sama seperti hendak sembahyang fardhu, iaitu dalam wudhu, mengadap kiblat, menutup aurat dan sebagainya. Ini maknanya, anda boleh mulakan sujud syukur, dalam duduk (macam duduk antara dua sujud).

    Takbiratul ihram dan niat, terus sujud. Selepas bangun dari sujud, beri salam.

    Mudahkan?
    Sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Baginda tentang kelebihan sujud syukur ini.

    Dari itu, Diingatkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam.

    Berikut adalah ayat yang digalakkan dibaca sewaktu sujud :
    Maksudnya: ”Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta”.

    Jika anda tak hafal yang ini, dan mahu mengerjakan sujud syukur, masih boleh.
    Baca sahaja yang anda selalu baca waktu sujud. Ringankanlah badan kita untuk melakukan sujud syukur selalu, agar kita tidak lupa diri dengan kejayaan atau kecapaian sendiri.

    Boleh kan? In shaa Allah.
    Ingatlah, kita hanya penat di dunia sahaja. Nanti akan rehat di tempat indah, nyaman, segar, cantik.
    Nak ke tak nak?

    best juga cakap sorang-sorang . Semoga manfaat.

    Wassalam

    Farahani MD Noor



  • 0 komentar:

    Posting Komentar