• Kunci Bahagia Part 2 : Kita Makhluk Istimewa

    Assalamu'alaikum, sahabat fillah, ini adalah lanjutan tulisan sebelumnya Kunci Bahagia Part 1: Jangan Cemburu Dengan Kehidupan Orang Lain, sahabat fillah daripada membandingkan hidup kita dengan kehidupan orang lain, lebih baik tanamkan tabiat dalam diri kita untuk membandingkan hidup diri kita sendiri.Kehidupan diri kita dimasa kini dan kehidupan diri kita dimasa dahulu.

    Lihat sebanyak mana kita telah dewasa, apa pencapaian kita, dan perkara apakah yang telah kita buat setakat ini dalam mencapai matlamat hidup kita. Siapa diri kita sekarang adalah hasil daripada keputusan yang kita buat semalam. Kita sentiasa dalam proses membesar. Sentiasa belajar menjadi matang. Kerana kehidupan kita akan sentiasa berkembang.

    Mungkin kita boleh tuliskan dalam diari apa yang telah kita belajar dan apa masalah yang telah berjaya kita atasi. – boleh menjadi rujukan berguna pada suatu masa nanti.Kembangkan nilai dalaman seperti suka memberi senyuman, bersedekah dan menyebarkan kebaikan disekeliling kita.

    Insyaa Allah, ia akan menguatkan nilai positif dalam diri kita dan kita akan menjadi lebih kuat, lebih baik dari sebelumnya. Jadilah jiwa yang suka mengambil pelajaran dari kehidupan.

    Satu perkara yang ramai diantara kita semua tidak perasan adalah kita semua hidup didalam masyarakat yang gilakan kesempurnaan dan glamour. – membuatkan kita terikut-ikut tanpa sedar.

    Kita membaca majalah. Kita membelek surat khabar. Kita menonton drama. Kita melayari laman media sosial.Dari semua itu, semuanya hanya memaparkan wajah yang cantik, kisah rumahtangga yang bahagia dan kisah-kisah kehidupan yang sempurna sahaja.Jadi jangan terperangkap

    Satu perkara penting yang harus kita hadam supaya tidak terjatuh dalam perangkap membandingkan hidup adalah:

    1. Satu gambar tidak menceritakan keseluruhan kisah
    2. Kebanyakkan kisah kejayaan yang kita baca tidak menceritakan kegagalan mereka (kecuali untuk menceritakan bagaimana mereka berjaya mengatasinya)

    Tiada yang akan sempurna sampai bila-bila. Belajar menerimanya. Memang kita perlu sentiasa improve tetapi jangan berharap untuk menjadi sempurna. Membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain adalah satu kebodohan. Tetapi mencari inspirasi dan belajar dari kisah kehidupan orang lain adalah satu kebijaksanaan.

    Jangan risau. Bertenang dan sentiasalah senyum. Setiap orang mempunyai jalan hidup tersendiri yang telah Allah lakarkan indah diatas pentas kehidupan.

    Pasti semuanya bersesuaian dengan kehidupan kita. Cuma kita terlalu naïf dan lemah untuk menilai dengan sebaik-sebaik penilaian terhadap semua takdir kita.
    “janganlah kamu berasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati kerana kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu oarng orang yang beriman”. [ surah ali-imran ayat 139 ]

    Bila tiba masanya nanti kita akan tersenyum memikirkan kembali hikmah yang Allah tunjukkan.Cuma buat masa ini kita hanya perlu bersabar dan jangan mempersoalkan serta membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain. 
    Allah itu Maha Adil.Kita semua istimewa dipandanganNya. 

    Semoga bermanfaat, wasssalamu’alaikum wa illa liqa’

    Mohammad Zafranudin
  • 0 komentar:

    Posting Komentar