• Kunci Bahagia Part 1: Jangan Cemburu Dengan Kehidupan Orang Lain

    Assalamu’alaikum, khaifa khaluk sahabat fillah, lama tak bersua.sahabat fillah saya mahu bertanya,sahabat tahu apa antara perkara yang paling sukar dalam hidup ini?— Mencapai kebahagiaan.

    Ya betul, Lebih-lebih lagi bila kita mula membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain.Pernah tak terfikir kenapa sangat sukar untuk kita hidup tanpa sedetik pun terbit perasaan dihati, membandingkan hidup kita dengan orang lain?

    Ini sebenarnya satu soalan yang sukar dijawab. Sememangnya sudah menjadi lumrah manusia untuk berbanding-banding. Tabiat yang akhirnya nanti akan berakhir dengan perasaan sedih dan rasa tidak adil setelah melihat kehidupan orang lain, walaupun sebenarnya kita telah mempunyai kehidupan yang baik

    Kita selalu tidak sedar bahawa perbandingan akan membuatkan kita mempersoalkan apa yang telah kita ada.Selalunya, kita selalu melihat rumput dihalaman tetangga lebih hijau daripada rumput halaman rumah sendiri.

    Pernahkah kita mempersoalkan mengapa orang lain yang biasa-biasa cara belajarnya, mendapat markah lebih tinggi dari yang kita walaupun telah berusaha lebih? kita sering tertanya-tanya mengapa orang lain yang rupa parasnya tidak secantik kita, lebih mudah bertemu jodoh, berbanding kita yang masih tidak kunjung-kunjung tiba.

    Mengapa orang yang cantik dan kacak lebih diberi perhatian untuk berkawan, dan yang kurang paras rupa sentiasa disisihkan? Mengapa suami orang lain boleh bertolak ansur dan setia, tetapi suami kita yang sentiasa panas baran dan kasar? Tidakkah kita berasa sakit hati dan merasa tidak adil?

    Yang Pasti  Kita akan selamanya kalah dengan kehidupan orang lain Sebab itulah kita tidak bahagia.Sebab kita lazimnya akan membandingkan hidup kita dengan benda yang salah. Kita akan membandingkan keadaan dan situasi kita yang terburuk, dengan keadaan mereka yang terbaik. Dari sudut pandangan apa yang kita lihat dan apa yang kita anggap pada ketika itu. Kita hanya melihat pada kelebihannya sahaja tanpa kita menilai kekurangannya yang lain.

    Sebenarnya, kebanyakkan perkara yang ditonjolkan orang kepada dunia luar adalah berbeza dengan realiti yang sebenarnya. Manusia cenderung untuk hanya menunjukkan kegembiraan, kehebatan dan kesempurnaannya sahaja.

    Sebagai contoh, bila ada seseorang bertanya khabar kita, berapa kerapkah kita memberi respons dengan mengatakan “Aku rasa hampir-hampir nak gila!”“Aku tak tahan dengan hidup..”, berbanding dengan kita lebih mengambil keputusan untuk mengigit lidah dan tersenyum sambil mengatakan “Alhamdulillah semuanya OK.”

    Perbandingan akan meletakkan fokus kita kepada orang yang salah. kita akan fokus kepada kehidupan orang lain, bukannya fokus terhadap hidup kita sendiri.Jadi bagaimana kita mahu bahagia jika kita cemburu dengan kehidupan orang lain.

    Kita sering lupa bahawa setiap orang mempunyai jalan kehidupan tersendiri dan cara tersendiri untuk melaluinya. Oleh itu, hanya fokuskan terhadap perjalanan hidup kita sendiri.Sebab kita hanya boleh mengawal kehidupan seorang sahaja – iaitu Diri kita sendiri!

    Orang bijak hanya membandingkan hidup mereka dengan diri mereka sendiri membandingkan hidup

    Semoga bermanfaat, wasssalamu’alaikum wa illa liqa’

    Mohammad Zafranudin
  • 0 komentar:

    Posting Komentar