Assalamu’alaikum, sahbat fillah,
Selasa 24 Mac 809M bersamaan 23 Jamadilawal 192H merupakan hari Meninggalnya Khalifah Harun ar-Rashid (17 Mac 763 —
24 Mac 809) merupakan khalifah kelima Kerajaan Islam Abbasiyah
Zaman pemerintahan Harun
ar-Rashid disebut sebagai zaman keemasan Tamadun Islam yang rancak dengan
perkembangan dan penguasaan dalam bidang sains, kebudayaan dan keilmuaan Islam.
Harun ar-Rashid seorang pemimpin
yang cekap, pemerintah yang bijaksana dan panglima tentera yang berani mewarisi
kerajaan yang memiliki pentadbiran yang sistematik, pegawai-pegawai kerajaan
yang amanah, sumber-sumber negara yang kaya dan rakyat yang taat setia kepada
kerajaan Islam pada masa itu.
Bayt al-Hikmah (House of Wisdom)
yang dibina oleh khalifah masyur sebagai tempat pentadbiran dan perundangan
negara berpusat di Baghdad, bandaraya tumpuan dunia pesat dengan aktiviti
perdagangan dan sosio-ekonomi.
Nama penuhnya ialah Harun
ar-Rashid bin Muhammad al-Mahdi, khalifah Abbasiyah yang kelima selepas
saudaranya iaitu al-Hadi. Beliau merupakan anak ketiga kepada al-Mahdi.
Dilahirkan di Ar-Rayy pada bulan Zulhijjah tahun 145 Hijrah.
Pentadbiran negara pada zaman
pemerintahan Harun ar-Rashid merupakan pemerintahan paling sempurna. Ini
disebabkan kecekapannya dan pegawai-pegawainya menguruskan pentadbiran negara.
Khalifah dapat membanteras segala kekacauan dan pemberontakan di dalam negara
serta menamatkan pemberontakan di Afrika dengan bertindak menghantar Ibrahim
Ibn Aghlab ke sana.
Selain itu, beliau juga menyusun
semula pasukan tenteranya supaya menjadi sebuah pasukan tentera yang
berdisiplin dan teratur, mengambil berat terhadap kredibiliti
tentera-tenteranya dan memberi perlindungan serta keselamatan untuk
kesejahteraan rakyatnya.
Sistem pemerintahannya
berdasarkan sistem kekhalifahan berteraskan syariat Islam. Beliau meneruskan
dasar anti-Syiah dan anti kaum zandaqah (zindik), seperti mana yang diamalkan
oleh khalifah-khalifah Abbasiyah sebelumnya.
Khalifah Harun ar-Rasyid wafat di
Tus pada tahun 192 Hijrah dalam usia 44 tahun. Ketika itu beliau dalam
perjalanan ke Khurasan untuk menumpaskan pemberontakan yang berlaku di sana.
Itulah sjarah yang sudah kita
lupa, semoga bisameng-ingatkan kita tentang kejayaan islam dimasa-nya
Semoga bermanfaat, Wassalamu’alaikum
Faharani Md Noor
vian-atzu.blogspot.com
0 komentar:
Posting Komentar