Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah
nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya
azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, 7)
Assalamu’alaikum, sahabat fillah. Kebiasaannya, bila kita
dikurniakan nikmat, rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan; apa yang kita akan
lakukan?
BERSYUKUR!
Ya, itulah yang seharusnya.Tapi… bagaimana pula kalau kita di
berikan kekurangan, kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. Berapa ramai
yang bersyukur?
Saya pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur
bila ditimpan ujian. Mungkin dalam 100% hanya 5% yang bersyukur dan
berlapang dada bila ditimpa ujian.
Sedarkah kita… beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur
dan sabar. Banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang
bersyukur dan sabar dengan ujian yang diturunkan.
“Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan; merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa – memelihara dirinya dari kejahatan.” (Surah Al-Baqarah, 177)
Saya yakin pasti sahabt mesti pernah dengar kata-kata ini:
“After
every storm there is a rainbow ( Selepas setiap guruh, adanya pelangi )
Walau apa juga ujian yang diturunkan, kuatkan semangat dan azamkan
tekad. Yakinlah dengan janji Allah.Biar kita miskin, biar kita buruk, biar
kita cacat, asalkan hidup mendapat berkat.
Fikrkan setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang
diberikan. Begitu juga sebaliknya. Setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan
kerana kita memang diciptakan lemah dan tidak sempurna.
Ingat bahawa kekurangan itu hebat. Jangan pernah rasa rendah diri
dengan kekurangan diri kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai
kelebihan dan keberkatan tertentu.
Ingatlah,Allah menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan
kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan
diri sendiri (saling lengkap melengkapi). Mereka yang kaya membantu yang
miskin, yang sihat membantu yang sakit dan lain-lain.
Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas.
Janganlah kita hina kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita
memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina
dulu.
Kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung
dunia. Sebaliknya besyukurlah, kerana suatu saat nanti pasti akan datang
seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. Jangan pernah
berputus harap dan teruskan berdoa.
Dan ingatlah, setiap kekurangan yang kita miliki merupakan
kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Bukan semua orang dapat memiliki
kekurangan yang kita ada. Bukankah kekurangan dan ujiaan itu satu bentuk dan
tanda sayangnya Allah kepada kita?
Renung-renungkan.
Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber
kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan.
Bersyukurlah dengan setiap kurniaan-Nya; kebaikan mahupun keburukan.
“Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Surah Al Anfaal, 46)
Sebagai kesimpulannya, marilah kita memanjatkan rasa syukur dengan
setiap kurniaan-Nya.
Semoga Bermamfaat , Wassalamu’alaikum
Farahani Md Noor
0 komentar:
Posting Komentar