• Kekuatan merupakan Makna sebuah Kehilangan

    Assalamu’alaikum, sahabat fillah kali ini saya ingin berkongsi tulisan bermakna motivasi tentang sebuah kehilangan untuk kita semua semga bisa ambil mamfaat..

    Tahun yang penuh dengan kehilangan.Tahun ini merupakan tahun yang banyak kehilangan berlaku bukan pada saya tapi pada teman-teman rapat saya.

    Bermula dengan kematian seorang pelajar di universiti saya kemudian kematian tunang kepada junior yang rapat dengan saya.Tak sampai 2 bulan ayah kepada roommate saya pula meninggal dunia dan kemudiannya ibu kepada rakan sekuliah saya dan paling terbaru adalah kematian junior kelab saya.

    Kehilangan ini meninggalkan kesan mendalam dihati
    Semua kehilangan ini sangat memberi kesan kepada diri diri saya.Semua kehilangan ini seakan memberi peringatan yang mungkin selepas ini adalah giliran saya.Semua kehilangan ini memberi satu hakikat hanya Dia yang tidak mati dan tidak pernah akan meninggalkan kita bahkan kita lah yang selalu meninggalkan Dia.

    Dan semua kehilangan ini memberi tahu hikmah kehilangan orang yang tersayang adalah supaya kita belajar untuk meletakkan kebergantungan hanya pada Allah.Hanya pada Allah. kerana Allah itu sifatnya kekal.
    “Air mata boleh mengalir, hati boleh bersedih tetapi kita tidak boleh mengatakan sesuatu kecuali yang dapat membuat Allah redha. Dan kami, wahai Ibrahim, sedih kerana pemergian mu.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)
    Pasti dan pasti kita pernah merasai kesusahan hati.
    Pasti dan pasti setiap manusia pernah merasai kekecewaan jiwa. Tidak mengapa.. kerana itu fitrah bagi setiap manusia. *tiup semangat*

    Allah itu Maha Kaya.
    Andai seorang kaya merasai Allah itu Maha Kaya, dia tidak akan takut untuk menderma. Andai dia seorang yang miskin, dia tidak pernah takut dengan kemiskinan dunia.

    Dia tahu Allah akan memberinya rezeki kalau bukan pada hari ini pasti esok lusa dari jalan yang tak disangka-sangka.dan andai seorang isteri yang Allah cabut nyawa suaminya, masih mampu redha dan mengukir senyuman di bibir, kerana dia tahu Allah mahu dia menjadi isteri yang mithali dan berdikari.Bersangka baiklah pada Allah. Allah pasti akan memberi yang terbaik buat diri kita.

    Semoga Bermamfaat Jazakallah, wasallamu’alaikum wa ilalliqa

    Mohamad Zafranudin


  • 0 komentar:

    Posting Komentar