Assalamualaikum
kepada semua pembaca blog vian atzu, Alhamdulillah Allah kurniakan saya kesempatan
untuk berkongsi kepada anda semua mengenai sebuah topik yang sering
membingungkan masyarakat. Tudung.
Tidak
pelik, tetapi masih ada golongan yang menganggap memakai tudung sahaja
sudah dikira menepati syarak menutup aurat ; maka mereka tidak merasa bersalah
mendedahkan aurat di bahagian lain asalkan bertudung.
Bukanlah
ingin dibincangkan bahawa salah memakai tudung, tetapi persepsi dan pemahaman
kita mengenai isu di balik tabir ini yang dikaburi kabus-kabus.
Pertama, kita akan bincangkan mengenai aurat. Apa itu aurat?
Aurat merupakan bahagian anggota badan yang telah ditetapkan Allah supaya kita menutupnya daripada golongan bukan mahram seperti dalam firman Allah s.w.t. dalam surah An-nur pasal 31
Pertama, kita akan bincangkan mengenai aurat. Apa itu aurat?
Aurat merupakan bahagian anggota badan yang telah ditetapkan Allah supaya kita menutupnya daripada golongan bukan mahram seperti dalam firman Allah s.w.t. dalam surah An-nur pasal 31
Ayat tersebut menjelaskan wanita tidak dibolehkan mendedahkan bahagian aurat mereka
kecuali kepada golongan-golongan yang Allah s.w.t. telah sebutkan dalam ayat
tersebut.
Saya mahu pakai tudung, tetapi saya ingin mendedahkan lengan saya. Bagaimana?
Ramai kalangan wanita yang suka mengikut fesyen-fesyen di televisyen dan iklan di mana wanita tersebut bertudung tetapi mendedahkan lengan. Perlu diketahui bahawa aurat wanita adalah :
"Kesemua anggota badan kecuali tapak tangan dan wajah sahaja."
Terdapat
juga mereka yang mengenakan pakaian lengan pendek tetapi menutup bahagian
lengan mereka dengan stokin tangan. Ini adalah salah kerana stokin tangan
tersebut akan melekat pada lengan saudari semua dan mendedahkan bentuk lengan
saudari, dan mendedahkan bentuk badan adalah dilarang sama sekali. Begitu
juga memakai pakaian yang ketat. Mendedahkan lekuk bentuk badan akan
mengganggu bukan mahram yang melihat.
Kenapa
stokin tangan dijual? Kerana terdapat pakaian seperti baju kurung yang licin
seperti sutera dan apabila mereka menaikkan tangan mereka, kain tersebut
tersingkap, maka di situlah fungsi stokin tangan hadir.
Bagaimana
pula dengan spesifikasi tudung yang sesuai?
Tudung
yang bagus adalah yang menutup bahagian dada dan tidak terlampau jarang.
Dilarang pula untuk wanita mengenakan sanggul rambut yang terlampau tinggi
kerana dilarang oleh nabi ﷺ.. Gunakan scarf rambut dengan baik dan
selesa. Sebaiknya menggunakan tudung yang lebar, terdapat banyak di pasaran
yang baik kualitinya.
Bagaimana
mereka yang mengenakan purdah?
Terdapat
wanita yang tidak inginkan wajah cantik mereka daripada difitnah kerana hal ini
sering berlaku pada zaman dahulu(bahkan sekarang), bukan sahaja lelaki, bahkan
terdapat sahabat nabi ﷺ. yang kacak yang mengenakan penutup muka
agar tidak difitnah.
Tujuan
utama adalah untuk mengelakkan fitnah dan mata tajam lelaki. Tidak salah jika
tidak mengenakan purdah. Haruslah istiqomah(berniat untuk teruskan sesuatu yang
baik dalam jangka masa panjang) dalam menutup aurat, kerana Allah gemar mereka
yang walaupun beramal sedikit tetapi istiqomah.. InshaAllah.
Semoga Bermamfaat Jazakallah, wasallamu’alaikum
wa ilalliqa
Penulisan Oleh : Mohamad Zafranudin
0 komentar:
Posting Komentar