Tiada
kata secantik bahasa
untuk
ku puji adinda
Tiada
gambar seindah lukisan
nak
ku tunjukkan perasaan
Assalamu’alaikum,, sahabat fillah
tulisan kali ini dibuka oleh untaian senikata yang menggambarkan lahirnya
rasa cinta seseorang kepada orang yang dicintainya. Terjadi cinta kerana fitrah
yang telah ditetapkan oleh Allah sememangnya cinta terjadi kerana mematuhi
kehendak Allah. Justeru kesempurnaan cinta seseorang kepada Allah ialah bila
dia mencintai seseorang yang dicintai oleh Allah dan dia membenci seseorang
yang dibenci oleh Allah.Kali ini saya berkempatan berkongsi dengan tema Cinta
dirubrk tausyiah cinta sebagai salah satu sambutan untuk segera hadirnya Blog Manajement Cinta.
Sahabat fillah, C I N T A adalah asas bagi segala jenis ibadat. Ibadat menjadi
tidak sah tanpa disertai dengan rasa cinta dengan kerendahan hati yang
sempurna, seperti senikata lagu di atas perbuatan cinta dan rasa cinta
diluahkan dengan kerendahan hati (ikhlas).
Anugerah cinta yang dikurniakan Allah
dan nikmat yang dirasainya amatlah tidak ternilai harganya hingga kadangkala
seseorang sanggup mengorbankan nyawa untuknya.
Tetapi, bolehkah kita menyamakan
cintanya kita kepada seseorang dengan cintanya kita kepada ALLAH? Tentu sama
sekali jawapannya, TIDAK. Kerana barangsiapa yang menyamakan cintanya kepada
seseorang sebagaimana dia menyintai Allah atau mencintai sesuatu selain Allah
atau mencintai sesuatu bukan kerana Allah maka orang tersebut termasuk ke dalam
golongan orang yang telah ‘syirik’ iaitu menyekutukan Allah. Nauzu Billah Min
Zalik.
Ini kerana hawa nafsu CINTA harus
disesuaikan mengikut ajaran Rasulullah ﷺ, sebagaimana ayat di dalamsurah Ali’ Imran ayat 31.
” Katakanlah (wahai Muhammad): ” Jika kamu benar mencintai Allah ikutilah daku, nescaya Allah akan mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.
Ayat tersebut menjelaskan bahawa, ‘Jika
kita benar mencintai Allah ikutilah ajaran Rasulullah ﷺ iaitu kekasih Allah yang menerima risalah daripada
Allah melalui malaikat Jibrail dan menyampaikannya kepada kita, umat manusia.
Kenapa? Kerana di dalam risalah itulah terdapat segala jenis ibadat serta
ajaran yang dapat disesuaikan dengan hawa nafsu cinta.
Selanjutnya Allah berjanji kepada
sesiapa yang memenuhi syarat di atas iaitu mematuhi ajaran Rasulullah ﷺ , Allah akan mencintainya. Akhirnya Allah berjanji
akan mengampuni dosa-dosanya.
Apakah Erti Cinta?
C I N T A ditafsirkan mengikut tafsiran
orang yang mengunkapkan kata cinta malahan kata cintanya kadang-kadang
terkeliru dengan perbuatannya sendiri. Ini bermakna mereka tidak dapat memahami
erti cinta itu sebenar.
Marilah, kita memahami erti cinta; cinta
sebenar, cinta palsu dan syirik cinta.
Syirik cinta, iaitu menyamakan cinta
kita kepada Allah sama seperti cinta kita kepada seseorang atau makhluk yang
lain dengan perbuatan mengagongkannya dan rasa takut padanya. Sedangkan yang
layak untuk diagongkan dan rasa takut hanyalah untuk Allah semata-mata. Ini
adalah cinta salah, cinta syirik, janganlah kita terjerumus ke dalam jenis
cinta ini.
Janganlah kita juga tertipu dan
terjerumus dalam cinta palsu atau cinta yang tak cukup iaitu hanya menuturkan kata
menyintai ALLAH SWT tetapi mengingkari syariatnya. Cinta jenis ini tidak
mencukupi untuk melayakkan kita memasuki syurga Allah dan terhindar daripada
azab neraka. Kenapa? Kerana orang munafik dan orang kafir juga cinta kepada
Allah.
Mereka menuturkan kata menyintai ALLAH
tapi mereka sebenarnya orang yang kufur pada nikmat akal, pendengaran dan
penglihatan. Mereka mengkhianati apa yang dituturkan kerana mereka mengingkari
apa yang dibawa oleh Rasulullah ﷺ aitu dengan tidak mematuhi perintah syariatnya yang
datangnya dari Allah swt. Cinta mereka tidak sempurna (tidak cukup) bila
mengakui kalimah syahadat yang pertama tetapi mengingkari kalimah syahadat yang
kedua
Bukankah itu yang banyak terjadi pada
masa kini, golongan yang Islam pada luarannya tetapi kafir pada dalamannya?
Nauzu Billah Min Zalik.
Justeru, janganlah kita sekadar tahu
mengucapkan kata cintq tapi buta hati akan makna cinta sebenar . Erti cinta
sebenar ialah apabila kita cinta kepada apa yang dicintai oleh Allah. Cinta
(patuhi) apa yang diperintahkan oleh Allah dan benci pada apa yang dilarang
oleh Allah. Cinta ini membawa kita ke jalan Allah dan seterusnya menjadi muslim
sejati iaitu orang yang dicintai Allah.
Kedua, erti Cinta Sebenar ialah
Cintailah kerana Allah. Jika kita mencintai seseorang cintailah kerana Allah.
Cintailah seseorang bukan saja pada rupanya tapi cintailah seseorang kerana
cintanya yang dekat dengan Allah iaitu yang mengikut ajaran Allah.
Semoga dengan memahami kesempunaan
cinta sebenar, maka kita akan berada di dalam landasan kebenaran. Raihlah ia
dengan bermunajat kepada Allah supaya dikurniakan hati yang lapang untuk
menerimanya dan mengimaninya. Kesempurnaan cinta bermula dari mencintai Allah
yang Esa dan insyaAllah akan sempurnalah cinta kepada yang
lain. SubhanAllah..
Katakanlah “Saya Cinta Allah dan
menyintai apa yang dicintai olehNya.” Semoga dengan sentiasa membisikkan
dalam hati, hati kita terarah dan terlatih untuk hanya menyintaiNya dan
meyintai apa yang dicintai olehNya.Cinta yang sebenar-benar cinta!
Sebagai penutup jom kita dengar nasyid
dari Raihan dengan Cinta Hakiki
Semoga
Bermanfaat Jazakallah, wasallamu’alaikum wa ilalliqa
Mohamad
Zafranudin
0 komentar:
Posting Komentar