Assalamu'alaikum,
sahabat fillah kita sebagai sesam muslim harus saling menging-ingatkan dan
nasehat menasehati, Nasihat membawa maksud yang dinasihati akan mendapat faedah
daripada nasihat yang telah diberi. Ia juga membawa makna bahawa yang
menasihati hendaklah menggunakan perkataan yang terbaik dan ikhlas bersih dari
maksud yang tak baik.
Memberi
nasihat untuk dijadikan teladan baik dalam rangka mengajak kepada kebaikan
sesama hamba Allah adalah perbuatan yang utama. Akan tetapi memberi nasihat
kerana merasa diri kita adalah orang baik, berilmu dan soleh, adalah perbuatan
yang kurang baik. kerana, apabila suatu waktu ia tergelincir kedalam perbuatan
jelek atau salah menyampaikan nasihat, maka akan tumbuh perasaan malu kerana
bersalah, yang menyebabkan ia akan bersikap diam atau tidak lagi memberi
pelajaran atau nasihat-nasihat.
Akan tetapi apabila nasihat yang dijalankan dan pelajaran yang disampaikan
didasarkan kerana wajib menyampaikan ajaran Allah, atau kerana apa yang ia
sampaikan adalah anugerah dan rahmat serta izin Allah semata, maka ketika ia
khilaf kerana tergelincir lidah atau salah ucapan, atau sikap yang tidak pada
tempatnya, atau berbuat suatu kesalahan di mata masyarakat, ia tidak merasa
malu, serta terus menyampaikan ajaran dan nasihat. Ia tidak berhenti, kerana
yang ia sampaikan adalah ajaran yang benar, dan kerana izin rahmat Allah
untuknya.
Dengan
nasihat dan ajakan kepada kebaikan, seseorang dapat berubah dari yang tidak
faham menjadi faham, dari yang lupa menjadi ingat, dari salah menjadi sedar
kerana diingatkan dan dari tidak baik menjadi baik. Tentunya semua itu tidak
terlepas dari Kehendak Allah, kerana upaya kita hanyalah terbatas dalam
mengajak atau saling menasehati, selebihnya untuk urusan hati dan apakah orang
yang diajak menerima atau tidak, tergantung daripada upaya orang yang diajak
tersebut apakah menerima, atau menolaknya, kerana, hanyalah Allah Yang Maha
Kuasa dan membolak-balikkan hati manusia.
Adab-adab
memberi nasihat
1.
Meluruskan niat sebelum menasihati seseorang supaya tak ada yang berasa
disakiti. Ikhlas menasihati saudara semuslim semata-mata kerana Allah.
Seharusnya seorang yang ingin memberikan nasihat itu perlulah bersih dari
segala bentuk niat yang terpesong kerana ia akan memberi kesan ke atas nasihat
yang ingin diberikan. Janganlah menasihati seseorang itu kerana ingin
menunjukkan kitalah orang yang benar, tetapi tegurlah kerana ingin mengajak
sahabat ke jalan yang benar.
2. Menjaga ukhuwah semasa menasihati.
Diusahakan supaya menasihati saudaranya
dengan tak diketahui orang lain. Islam mengajar umatnya supaya mempunyai akhlak
yang tinggi. Dalam hal menasihati juga terdapat perkara ini. Ini menunjukkan
bahawa Islam amat menjaga hati dan maruah orang yang dinasihati supaya tidak
berlaku perpecahan kerana perkara nasihat.
3. Bersih hati semasa menasihati.
Menggunakan bahasa yang halus dan menegur
hanya untuk perkara-perkara yang salah. Kadang-kadang kita sering menggunakan
perkataan yang sangat teruk untuk meluahkan nasihat kita.
Dalam ceramah-ceramah
dan kuliah-kuliah yang berbentuk menasihati, kita lebih gemar menyatakan salah
orang lain seolah-olah mereka yang melakukan perkara tersebut sangat jahat dan
sudah tiada ruang untuk bertaubat. Seharusnya selaku seorang pendakwah, nasihat
adalah senjata utama yang perlu digunakan sebaiknya.
4. Memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati saudara.
Seboleh-bolehnya
mengenali dulu saudara yang bakal kita nasihati itu. Nasihatilah mereka dengan
kasih sayang dan jadilah sebahagian dari mereka, kerana dari situ kita akan
tahu apa puncanya mereka begitu.
5. Memberi waktu dan kesempatan kepada saudara yang dinasihati untuk mengubah sifat
buruk/ kesalahan yang dilakukannya.
Manusia perlukan masa untuk berubah, jangan
memaksa mereka untuk berubah mendadak, ia bukan dalam lingkungan tugas seorang
pendakwah. Dalam berdakwah perlu akan sifat sabar dan berserah kepada Allah.
Jadilah orang yang sentiasa mengharap pertolongan Allah dan jangan mudah putus
asa di atas nasihat yang diberikan kerana itu mungkin ujian yang telah
ditentukan oleh Allah untuk menguji kesabaran.
Sebagaimana peringatan dari Allah dalam QS Al-‘Ashr 1-3
“Demi waktu ‘asr sesungguhnya manusia niscaya dalam keadaan rugi, kecuali orang yang beriman dan beramal shalih dan saling wasiat (nasihat) untuk menetapi barang hak , dan saling berwasiat dengan kesabaran.”
Semoga Bermamfaat, Wassalmau'alaikum warrahmatullah
Vian Atzu
0 komentar:
Posting Komentar