Ahmad
bin Muhammad bin Hanbal Abu 'Abd Allah al-Shaybani merupakan pengasas mazhab
fiqh Hanbali.
Ahmad
bin Hanbal menuntut di Baghdad dan kemudiannya mengembara untuk meluaskan
pengetahuan dan ilmunya. Beliau amat tertarik dengan pengajian Hadis dan
mengembara ke seluruh pelosok Iraq, Syria, dan Semenanjung Arab mempelajari agama
mengumpulkan hadis Muhammad.
Setelah
beberapa tahun mengembara, Ahmad bin Hanbal berguru ilmu fiqh dengan Imam
Syafie. Ahmad bin Hanbal berpegang teguh kepada fahaman turath dan menentang
apa-apa inovasi dalam pentafsiran undang-undang Islam.
Khalifah
al-Ma'mun ibn Harun ar-Rashid, dipengaruhi oleh fahaman Mu'tazilah yang banyak
memesong daripada fahaman tradisional Islam. Ketika itu, Khalifah dipengaruhi
oleh kumpulan Mu'tazilah yang mempersoalkan asal usul tauhid dan berpegang
kepada fahaman bahawa Al-Quran adalah ciptaan manusia dan tidak kekal abadi.
Kumpulan
Mutazilah ini mendapat sokongan dan naungan Khalifah al-Ma'mun. Pihak Mutazilah
melancarkan Mihna untuk menyaring ulama yang enggan berpegang kepada fahaman
yang dibawa oleh kumpulan Mutazalis. Semasa Mihna, ulama Islam diuji untuk
menentukan pegangan mereka mengenai pentafsiran dalam perkara-perkara berkaitan
dengan agama Islam.
Ramai
ulama yang bertukar pendirian apabila disuruh oleh Khalifah al-Ma'mun dan
memberikan persetujuan kepada pentafsiran Islam supaya bersesuaian dengan
fahaman Mutazilah. Pendirian Imam Ahmad bin Hanbal diuji semasa pemerintahan
Khalifah al-Ma'mun dan Khalifah al-Mu'tasim. Imam Ahmad bin Hanbal berkeras
enggan memberikan persetujuan kepada fahaman yang dibawa oleh Mutazalis.
Khalifah
al-Ma'mun menghukum sebatan ke atas Ahmad bin Hanbal. Dia dipenjarakan selama
30 bulan dan dipukul teruk. Khalifah al-Ma'mun memerintahkan Imam Ahmad bin
Hanbal dipenjarakan, tetapi khalifah tersebut meninggal dunia tidak lama
selepas mengeluarkan perintah itu. Dia digantikan dengan khalifah Al-Mu'tasim
yang juga berpegang kepada fahaman Mutazilah. Khalifah Al-Mu'tasim bertanya
sama ada Imam Ahmad bin Hanbal sudah bertukar pendirian dan menyokong fahaman
Mutazilah.
Imam Ahmad bin Hanbal masih enggan mengikut fahaman tersebut dan
diberikan balasan hukuman sebat dan dipenjarakan. Imam Ahmad bin Hanbal hanya
dilepaskan setelah dua tahun selepas itu. Tetapi beliau ditegah mengajar dan
menyebarkan ilmu Allah. Tegahan ini kekal sehingga pemerintahan Khalifah
al-Wathiq. Tetapi Imam Ahmad bin Hanbal tetap dengan pegangan beliau.
Pada
25 Ramadan 221H, Khalifah Mutasim bertaubat dan memerintahkan Ahmed bin Hanbal
dibebaskan. Imam Ahmed bin Hanbal memaafkan kesemua mereka yang menganiayanya
kecuali anggota kumpulan Mu'tazilah yang berfahaman sesat.
Selepas
Khalifah Al-Mutawakkil mengambil kuasa, dasar kerajaan berubah. Sebaliknya, dia
diberikan penghormatan yang setimpal dengan ilmu dan pengetahuannya.
Penulisan
Imam Ahmad bin Hanbal yang paling agung ialah Musnad Ahmad bin Hanbal yang
merupakan satu pengumpulan hadis. Karangannya yang lain termasuk Kitab
As-Salaat dan Kitab As-Sunnah.
Ahmed
bin Hanbal meninggal dunia di Baghdad pada 13 Rabiulawal 241H bersamaan 31
Julai, 855M. Mengikut Tarjamatul Imam, lebih 860,000 orang menziarah semasa
pengkebumiannya.
Mohamad
Zafranudin
0 komentar:
Posting Komentar