• Jom Jaga Iman, Jom Jaga Pandangan

    Assalamu’alaikum, sahabat fillah, Apa khabar iman kita hari ni? Moga semakin hari semakin bertambah keimanan kita kepada Allah!


    Hidup dalam hiruk pikuk dunia ni, kadang-kadang susah sangat nak tundukkan pandangan.Haa bila lalu perempuan seksi acah acah model kedai kayu tu mula lah jadi serba tak kena. Terutamanya lelaki bujang!

    Bila dah terang-terang tayang aurat tu, confirm lah haram nak pandang! Dalam erti kata yang lain, WAJIB TUNDUKKAN PANDANGAN! Allah suruh kot tundukkan pandangan!

    Bila kita rasa Allah lihat kita, kita akan buat apa yang Allah nak. Tapi, bila kita tak rasa Allah lihat kita, kita akan buat apa yang kita (nafsu) nak. Jadi macam mana nak tundukkan pandangan?

    Berlindunglah dari Allah! Tiap kali terlintas perkara yang haram dipandang, istighfar banyak-banyak! Baca 'Audzubirrahman' maksud dia Aku Berlindung dari Yang Maha Pengasih!

    Allah uji sebab Dia sayang kita! Dia nak kita berlindung dengan Dia semata-mata. Tak kan kau nak layan nafsu dalam keadaan sedang mengingati Allah kot!

    So, Jom Jaga Iman Jom! Wassalamu’alaikum

    Farahani MD Noor




  • 0 komentar:

    Posting Komentar