Assalamu’alaikum sahabat fillah, tulisan kali ini akan dibuka dengan 2 buah
hadist terkhasnya untuk para wanita muslimah yang idak mahu bertudung dan
selalu berpakian ketat
Rasulullah SAW bersabda,
“Para wanita yang berpakaian tetapi (pada
hakikatnya) telanjang, lenggak-lengkok, kepala mereka seperti punuk unta,
mereka tidak akan masuk syurga dan tidak mencium semerbak harumnya (HR. Abu
Daud)
” Tidak diterima solat wanita dewasa kecuali yang memakai khimar (tudung)
(HR. Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, Ibn Majah)
Kajian ilmiah kontemporari telah mendapati perempuan yang tidak bertudung
atau berpakaian tetapi ketat, atau telus, akan mengalami pelbagai penyakit
kanser di bahagian anggota tubuhnya yang terbuka dan yang mengenakan pakaian
ketat-ketat. Majalah perubatan Britain mengeluarkan hasil kajian ilmiah ini
dengan mengutip beberapa fakta, antaranya bahawa kanser milanoma pada usia
awal, dan semakin bertambah dan merebak sehingga di kaki.
Sebab utama penyakit kanser ini adalah pakaian ketat yang dikenakan oleh
perempuan di bawah terik matahari dalam waktu yang panjang selepas
bertahun-tahun. Sarung kaki nilon yang mereka kenakan tidak sedikitpun
bermanfaat dalam menjaga kaki mereka dari kanser. Majalah perubatan Britain
tersebut telah pun telah melakukan undian tentang penyakit milanoma ini, dan
seolah keadaan mereka mirip dengan keadaan orang-orang penderhaka (orang-orang
kafir Arab) yang di da’wahi oleh Rasulullah SAW.
Tentang hal ini Allah berfirman:
“Dan ingatlah ketika mereka katakan: Ya Allah andai hal ini (Al-Qur’an) adalah benar dari sisimu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih” (Surah Al-Anfaal: 32)
Dan sungguh telah datang azab yang pedih ataupun yang lebih ringan dari hal
itu, iaitu kanser di mana kanser itu adalah seganas-ganasnya kanser dari
pelbagai kanser. Penyakit ini merupakan akibat dari sengatan matahari yang
mengandungi ultra violet dalam waktu yang panjang disetiap pakaian yang ketat,
pakaian pantai (yang biasa dipakai orang-orang kafir ketika di pantai dan
berjemur di sana) yang mereka kenakan. Penyakit ini terkadang mengenai seluruh
tubuh dan dengan kadar yang berbeza-beza. Gejala awal adalah seperti bulatan
berwarna hitam agak lebar.
Kadang-kadang berupa bulatan kecil saja, kebanyakan
di kawasan kaki atau betis dan di kawasan sekitar mata, kemudian merebak ke
seluruh bahagian tubuh disertai pertumbuhan di kawasan yang biasa dilihat,
pertautan limpa (kawasan di atas paha), dan menyerang darah, dan menetap di
hati serta merosakkannya.Ia juga boleh menyerang janin di dalam rahim ibu yang
sedang mengandung. Orang yang menderita kanser ini tidak akan hidup lama.
Dari sini, kita mengetahui hikmah yang agung anatomi tubuh manusia di dalam
perspektif Islam tentang perempuan-perempuan yang melanggar batas-batas syariat
iaitu bahawa model pakaian perempuan yang benar adalah yang menutupi seluruh
tubuhnya, tidak ketat, tidak telus, kecuali wajah dan telapak tangan.
Semakin jelaslah bahawa pakaian yang sederhana dan sopan adalah upaya
preventif yang paling bagus agar tidak terkena “azab dunia” seperti penyakit
tersebut di atas, apalagi azab akhirat yang jauh lebih dahsyat dan pedih.
Kemudian, apakah setelah adanya kesaksian dari ilmu pengetahuan kontemporari
ini-padahal sudah ada penegasan hukum syari’at yang bijak sejak 14 abad silam-apakah
kita akan tetap tidak berpakaian yang baik (tudung), bahkan malah tetap
bertabarruj???
Semoga Bermanfaat ,
wasallamu’alaikum
Farahani Md Noor
0 komentar:
Posting Komentar