• Jom Renungkan

    Assalamu’alaikum, Sahbat Fillah. Ramai daripada kita mengeluh hidup sering dihimpit masalah, hati sentiasa tak tenang, jiwa kosong, fikiran celaru. Ada orang yang miliki segala macam kesenangan dunia. Harta melimpah ruah, rumah yang besar, pakaian dan makanan yang mewah lagi mahal dan apa saja yang diingini boleh dibeli...

    Tapi tetap saja hatinya tak rasa tenang bahkan malah semakin resah gelisah. Semakin kusut dan rasa kosong walaupun zahirnya dia dah mengecap banyak kesenangan dunia.

    Kenapa? Kerana mungkin kita jauh sekali dengan pencipta kita.

    Hubungan dan interaksi kita dengan Allah jauh bahkan asing dalam kehidupan membuatkan kita jauh dari ketenangan. Hubungan dengan Allah tak cukup sekadar solat tanpa penghayatan. Berapa ramai orang yang solat tapi amali hidupnya menyimpang dari jalan Tuhannya?

    Hubungan dengan Allah dibina dengan mengenali siapa Dia, mengetahui suruhannya, meminta tolong dan berdoa hanya padaNya dan tawakal hanya pada Dia.

    Sejauh mana kebergantungan kepada Allah, sekuat itulah Dia akan memberi kita kekuatan. Sekuat mana tawakal kita kepada Allah, sekuat itulah Dia memberikan jalan keluar bagi hambaNya.

    Ketenangan yang dicari ada pada cara hidup yang diperintahkanNya. Cuba lihat betapa ramai orang barat dan mereka yang dulunya hanyut dalam keseronokan dunia akhirnya jumpa ketenangan dan erti hidup selepas kembali kepada ajaran Islam.

    Setiap kali kita menjauh dari suruhanNya, pasti kita akan semakin jauh dari ketenangan walaupun segala isi dunia ini kita miliki.

    Allah berfirman:
    Sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
    [At-Taghabun:11]

    Itu janji Allah. Dan Allah tak pernah mungkir akan janjiNya.
    Semoga Bermanfaat. Wassalamu’alaikum wa Illa Liqo’

    Mohammad Zafranudin

  • 0 komentar:

    Posting Komentar